Apa Itu Bone Conduction? Sila Baca

Bone Conduction (BC) sejenis teknologi yang membolehkan anda mendengar sesuatu bunyi melalui getaran tulang muka anda iaitu tulang rahang dan tulang pipi. Hal ini bermakna gelombang bunyi akan melangkaui bahagian telinga luar dan tengah iaitu di mana gegendang telinga itu terletak dan secara langsung merangsang telinga dalam iaitulah organ pendengaran anda.

Teknologi BC ini sebebanrnya telah wujud selama bertahun-tahun dahulu sebagai alat untuk membantu mereka yang mempunyai masalah pendengaran dan kehilangan deria pendengaran. Menurut penulis artikel-artikel lain, bahkan Beethoven (pakar muzik) yang mengalami gangguan pendengaran, menggunakan teknologi BC ini untuk mendengar muzik dengan menggigit tongkat komposernya yang menyentuh piano.


4 industri utama pada masa kini telah mendapat manfaat daripada teknologi BC:

i. Alat Bantuan Pendengaran 

Sejak tahun 1977, lebih 100,000 pesakit mengalami masalah kehilangan pendengaran di Eropah telah dilengkapi dengan alat BC yang dikenali sebagai BAHA (Bone Anchored Hearing Aid). Headphones ini juga merupakan pilihan yang sesuai untuk orang yang menggunakan alat bantuan pendengaran telinga. Menurut sumber lain, anda juga boleh memakai headphones semasa memakai alat bantu pendengaran.

ii. Komunikasi Ketenteraan

Tentera adalah salah satu peneraju pertama teknologi BC, iaitu menggunakan alat dengar di belakang telinga untuk berkomunikasi di medan perang. Ini merupakan peningkatan yang ketara kepada bidang komunikasi kerana ia membenarkan pengguna untuk mengekalkan tahap kesedaran (awareness) yang penuh terhadap bunyi ambien atau di persekitaran apabila headset dipasang di bahagian belakang telinga dan bukannya di telinga sambil membolehkan keupayaan untuk menghantar maklumat secara wireless melalui BC.

iii. Headphones Sukan 

BC headphones pada masa kini telah menjadi semakin popular dalam industri muzik. Apa yang telah digunakan dalam industri penjagaan kesihatan pendengaran selama bertahun-tahun ini telah digunakan ke dalam industri media muzik sebagai cara yang berbeza untuk mendengar sesuatu muzik. Pada tahun 2008, Audio Bone menjadi salah satu daripada headphones sebagai penghantaran utama arus perdana yang memasuki cabang headphones sukan selain headphones seperti kebiasaannya yang ahli sukan guna. BC headphones mempunyai kualiti suara yang setara dan dalam pada masa yang sama juga membolehkan pengguna mendengar bunyi persekitaran kerana headphones tidak menutupi sebarang bahagian telinga. Teknologi ini menjadi semakin popular di kalangan ahli sukan terutamanya pelari, perenang atau penunggang basikal yang menginginkan kedua-dua muzik dan pendedahan kepada bunyi persekitaran untuk keselamatan. 



iv. Selam Skuba

Menggunakan teknologi BC di bawah air sememangnya sangat-sangat hebat, dan tidak ada cara lain untuk mengungkapkannya bagaimana. Walaupun teknologi ini sebenarnya telah dipatenkan sejak 1996, namun banyak syarikat telah menciptakan teknologi ini sebagai evolusi teknologi moden. Salah satu syarikat yang pertama membangunkan dan mempopularkan teknologi ini ialah Casio iaitu bagi penggunaan dalam aktiviti menyelam skuba dengan peranti Logosease yang diciptakan.

Adakah Teknologi Ini Selamat Digunakan?

1. Teknologi BC dikatakan kemungkinannya boleh berfungsi dan digunakan oleh mereka yang mengalami masalah kehilangan pendengaran. Sekiranya anda mengalami masalah kehilangan pendengaran yang konduktif atau kehilangan pendengaran unilateral, maka teknologi ini sesuai anda gunakan. Tetapi, pada dasarnya selagi anda mempunyai satu koklea yang masih berfungsi maka teknologi ini juga masih boleh anda gunakan.

2. Kualiti bunyi adalah tidak setinggi headphones yang biasanya kanda pakai. Walaupun demikian, teknologi BC ini tidaklah begitu teruk berbanding melalui pengaliran udara seperti kebanyakan cara pemindahan gelombang headphones. Kekurangnya adalah bahawa BC jenis ini tidak dapat diimplankan. Oleh itu, anda tidak mendapat penghantaran gelombang yang sebenar secara langsung. Hal ini yang akan  menjadikan kualiti bunyi sedikit lebih teruk seperti kebiasaannya.

3. Teknologi BC juga boleh menjadikan pendengaran anda menjadi teruk sama seperti mana-mana headphones biasa yang anda guna, JIKA anda menggunakannya dengan kelantangan (volume) yang terlalu keras kerana ia boleh merosakkan pendengaran anda.

4. Teknologi BC boleh dipakai dengan alat bantuan pendengaran. Hal ini demikian kerana, ia merupakan salah satu teknologi headphones pilihan untuk mereka yang memakai alat bantuan pendengaran. Namun, anda akan mengalami sedikit kesukaran jika anda menggunakan alat bantuan pendengaran di belakang telinga dengan headphones jenis yang berpita atau perlu diletakan dibelakang telingga kerana kemungkinan akan bertentangan dengan alat bantuan pendengaran. Tetapi selain daripada headphones jenis yang sedemikian, maka tiada masalah untuk anda gunakan serentak kerana teknologi ini diciptakan dalam pelbagai bentuk dan variasi.


Semoga bermanfaat 👍👍
Silakan share!!
Apa Itu Bone Conduction? Sila Baca Apa Itu Bone Conduction? Sila Baca Reviewed by Coach M on March 30, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.