Berat Badan Berlebihan Walaupun Sudah Jaga Makan? Punca Yang Ramai Tak Tahu


Obesiti adalah penyakit yang popular menyerang umat manusia sejak dulu lagi tetapi ia tidak dipedulikan kerana manusia kurang jelas tentang hubungannya dengan kematian. Obestiti telah diakui sendiri oleh Persekutuan Obesiti Dunia sebagai suatu penyakit yang kronik paling serius, yang mampu membawa kepada peningkatan penyakit kardiovaskular, diabetes tahap 2, sindrom metabolik, gangguan hormon dan juga meningkatkan risiko kanser-kanser tertentu. Pada tahun 2016, lebih 1.9 bilion orang dewasa (18 tahun ke atas) mempunyai berat badan yang berlebihan. Daripada jumlah itu, 650 juta adalah obesiti. Mengikut peratusan dimana 39% orang dewasa di dunia mempunyai berat badan berlebihan dan 13% nya adalah dalam kelompok obesiti.

Berat badan yang berlebihan ditakrifkan sebagai indeks jisim tubuh (BMI) yang lebih besar daripada atau sama dengan 25. Manakala obesiti pula adalah angka yang lebih besar daripada atau sama dengan 30. Terdapat banyak sebab obesiti berlaku, World Health Organization (WHO) memberikan nisbah kalori yang asas, yang dikonsumsi manusia dan jumlah kalori yang diperlukan untuk fungsi asas manusia. Masalah peningkatan berat badan dikatakan berlaku disebabkan oleh terdapatnya peningkatan dalam pengambilan makanan yang berkalori tinggi dengan kandungan lemak yang tinggi, penurunan dalam penglibatan aktiviti fizikal yang semakin meningkat disebabkan oleh faktor kerja, urbanisasi yang semakin meningkat dan kurangnya dasar dalam masyarakat yang mampu untuk menyokong sektor kesihatan di sesuatu kawasan. Selain itu juga, sebab lain yang dikenal pasti ialah faktor genetik seseorang individu yang merangkumi 40% tubuh yang tidak dapat diubah berdasarkan kajian-kajian pakar.

Masalah ini juga dikatakan mampu membawa kesan lain ke atas gangguan endokrin, penyakit hipotalamik organik atau iatrogenik, akibat daripada penggunaan ubat-ubatan tertentu, seperti neuroleptik, antidepresan, ubat antiepileptik, hormon steroid, beta-adrenergik dan insulin serta derivatif sulfinylurea. Ia juga telah menunjukkan bahawa peningkatan obesiti mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan janin, bayi dan awal kanak-kanak kerana hanya pada masa inilah jumlah pembezaan dan perkembangan sel-sel lemak dapat dilihat dalam kecenderungannya untuk obesiti apabila dewasa.

Satu lagi cadangan yang menjadi penyebab kepada obesiti adalah gangguan tidur. Orang yang sering kurang tidur daripada masa tidur yang disyorkan adalah disebabkan gaya hidup yang dibebani kerja. Sehingga kini, kebanyakan kajian telah mengaitkan obesiti dengan gangguan tidur sebagai punca masalah ini berlaku. Kajian yang terbaru telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan songsang terhadap kedua-duanya, iaitu kesan gangguan tidur dan kecenderungannya untuk peningkatan obesiti yang nampaknya menjadi suatu andaian yang agak munasabah, kerana gangguan tidur, tidak dapat tidur dan kurang tidur boleh menjejaskan gangguan metabolik tubuh.

Oleh itu, para pengkaji pada saat ini giat mencari penyebab obesiti yang boleh diubah suai dan diatasi. Hal ini perlu dilakukan kerana ia boleh dikatakan sangat penting bagi   menjauhkan ramalan terhadapt peingkatan obesiti yang jauh lebih tinggi untuk beberapa tahun akan datang yang dipercayai akan sangat membimbangkan. Hal ini demikian kerana, pakar-pakar kesihatan menyatakan bahawa penyakit berkaitan obesiti akan menelan kos 1.2 trilion dolar setiap tahun pada tahun 2025, 2.7 bilion penduduk dunia akan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti pada masa tersebut, berdasarkan laporan yang dibuat oleh Persekutuan Obesiti Dunia. Adalah penting untuk difikirkan tentang akibat-akibat obesiti yang banyak memberi impak terhadap kesihatan mental dan kesan seperti gangguan makan atau kemurungan dan berakhir dengan penyakit kronik yang serius seperti diabetes tahap 2 seperti yang telah Coach nyatakan di atas. Selain itu, penyakit kardiovaskular juga akan berlaku, termasuk peningkatan yang ketara dalam risiko serangan miokardium atau risiko peningkatan kanser seperti endometrium, payudara, ovari, prostat, hati, pundi hempedu, buah pinggang dan kolon. Semua ini akan mengakibatkan tempoh hidup yang lebih singkat dan kemerosotan tahap keselesaannya. Oleh sebab itu sangatlah penting untuk mencari sebab-sebab obesiti yang mungkin dipengaruhi oleh perubahan tabiat.


Sumber: Patel SR et al, (2006) 

Sumber: Celis-Morales C et al, (2017)

Hubungan antara kurang tidur dan peningkatan risiko obesiti sememangnya mempunyai hubungan yang kuat. Apa yang perlu anda ketahui ialah kurang tidur dan tidur yang berlebihan, kedua-duanya dikatakan sebagai penyebab yang cenderung untuk obesiti. Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kurang masa tidur adalah seperti aktiviti harian, kerja yang memerlukan shift dan kerja pada waktu malam  serta kecenderungan genetik.

Kesimpulannya, tidur adalah modulator penting bagi fungsi neuroendokrin dan metabolisme glukosa. Masa tidur yang tidak mencukupi menghasilkan variasi metabolik dan endokrin, termasuk penurunan toleransi glukosa (glucose tolerance), sensitiviti insulin menurun, peningkatan kadar ghrelin, menurunkan tahap leptin, peningkatan kepekatan cortisol pada malam hari dan peningkatan rasa lapar dan selera makan, yang bertanggungjawab untuk kecenderungan kepada obesiti. 



Semoga bermanfaat 👍👍
Share pada teman-teman dan keluarga tersayang..
Berat Badan Berlebihan Walaupun Sudah Jaga Makan? Punca Yang Ramai Tak Tahu Berat Badan Berlebihan Walaupun Sudah Jaga Makan? Punca Yang Ramai Tak Tahu Reviewed by Coach Mal on March 15, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.