Kelebihan Berpuasa Untuk Turunkan Berat Badan. Wajib Baca..


Bulan Ramadan dalam agama Islam dianggap sebagai bulan yang paling suci untuk melakukan ibadah. Ramadan pada tahun ini jatuh pada 6 Mei 2019 (Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2019). Dengan populasi umat Islam dunia di bawah 2 bilion pada berdasarkan statistik 2010. Kita tahu ibadah puasa pada bulan Ramadan termasuklah tidak makan dan minum bermula dari matahari terbit hingga matahari terbenam. Di negara kita dan negara-negara yang berdekatan seperti Brunei, Indonesia dan Singapura rata-rata kita menahan diri daripada makan dan minum kira-kira 13 hingga 14 jam sehari. Selain daripada menunaikan ibadah wajib dalam bulan Ramadan, maka inilah masanya untuk anda memanfaatkan bulan puasa sebulan untuk menurunkan berat badan bagi mereka mempunyai berat badan yang berlebihan atau mereka yang ingin tampil dengan tubuh badan yang sihat.

Walaupun begitu, kesan puasa terhadap berat badan adalah berbeza-beza mengikut individu, dari berat badan yang rendah hingga berat badan yang berlebihan ianya bergantung kepada pengambilan makanan dalam tempoh berbuka puasa samada berlebihan atau kurang. Bedasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh banyak pengkaji dalam bidang kesihatan, seramai 35 pengkaji mendapati bahawa puasa pada bulan Ramadan mampu untuk menurunkan berat badan (-1.24 kg menjelang akhir Ramadan, -1.51 kg lelaki dan 0.92 kg wanita). Manakala penurunan berat badan yang diperhatikan selepas 2-6 minggu selepas bulan Ramadan adalah kurang ketara, walaupun berat badan yang diperhatikan adalah jauh lebih rendah berbanding sebelum Ramadan (-0.27 kg).


Kesimpulan, puasa bulan Ramadhan mampu untuk menurunkan berat badan, jisim lemak (sebagai peratusan berat dan sebagai jisim mutlak) dan jisim bebas lemak yang ketara. Semakin tinggi BMI bagi permulaan, maka semakin tinggi jumlah berat badan yang hilang. Selain itu, individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti akan kehilangan sejumlah besar lemak (sebagai peratusan berat) dan kesan puasa Ramadan ini tidak dapat dilihat dengan ketara terhadap mereka yang mempunyai berat badan normal. Memandangkan pengurangan berat badan dan jisim lemak ini berlaku walaupun tidak termasuk perubahan sekiranya individu melakukan aktiviti fizikal, pelan diet atau gaya hidup sihat yang lain, namun Coach cuba membayangkan bagaimana jika individu yang mempunyai masalah berat badan digalakkan untuk melakukan latihan atau senaman yang sederhana serta dibimbing dengan sokongan diet. Coach percaya kesan positif dapat yang mampu dicapai pada bulan Ramadan akan dapat dipertingkatkan dan berat badan serta komposisi tubuh mungkin dapat diatasi. 

Semoga bermanfaat 👍👍
Kelebihan Berpuasa Untuk Turunkan Berat Badan. Wajib Baca.. Kelebihan Berpuasa Untuk Turunkan Berat Badan. Wajib Baca.. Reviewed by Coach Mal on March 15, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.