Manusia datang dalam pelbagai bentuk dan saiz dan mungkin berat badan yang sihat untuk seseorang tidak semestinya sihat bagi orang lain. Adalah tidak sihat untuk menjadi terlalu kurus atau mempunyai terlalu banyak lemak tubuh. Oleh itu, anda perlu menentukan berat badan yang terbaik untuk anda dengan pemeriksaan doktor dan kemudian cuba untuk mencapai dan mengekalkannya.
Masalah yang timbul apabila tubuh menampung terlalu banyak lemak atau dalam perubatan yang dipanggil sebagai berat badan yang berlebihan (overweight) dapat meningkatkan risiko bagi beberapa masalah kesihatan yang berisiko kematian. Ini termasuk:
1.Penyakit koronari jantung
2.Kencing manis
3.Tekanan darah tinggi
4.Kolesterol tinggi
5.Penyakit pundi hempedu
6.Masalah sendi (cth: gout, arthritis dan sakit sendi)
7.Masalah tidur (cth: apnea)
8.Beberapa jenis kanser.
Risiko untuk anda meningkatkan keadaan kesihatan ini bukan hanya bergantung pada berat badan, tetapi juga melihat pada faktor risiko lain yang mungkin anda miliki. Anda boleh mengetahuinya dengan lebih lanjut mengenai faktor-faktor risiko lain untuk penyakit jantung dengan cara kita mencari maklumat dan menjalankan ujian pemeriksaan jantung agar anda dapat informasi sebenar keadaannya melalui pakar.
Mengapa kita perlu memberi fokus pada berat badan bagi menjamin kesihatan?
Hal ini demikian kerana, berat badan dipengaruhi oleh banyak faktor, tetapi dua faktor utama yang betul-betul memberikan pengaruh besar adalah:
1. Jumlah tenaga (kilojoules) yang kita masukkan ke dalam tubuh melalui makanan dan minuman.
2. Jumlah tenaga (kilojoules) yang kita gunakan melalui aktiviti fizikal dan aktiviti harian yang lain.
Senang cakap, begini,.. ini semua adalah berkaitan tentang apa yang masuk (input tenaga) dan apa yang digunakan (output tenaga).
Kebanyakan orang sering keliru dengan apa yang dipanggil sebagai tenaga dan kilojoule. Sebenarnya, tenaga dan kilojoule adalah benda yang sama. Cumanya, kilojoules ini adalah merujuk kepada ukuran tenaga, dengan erti yang lain ia samalah juga seperti sentimeter atau inci bagi ukuran panjang. Manakala tenaga pula adalah seperti bahan api (petrol) di dalam kereta yang membuatkan kereta itu bergerak. Begitu juga dengan tenaga iaitu benda yang diperlukan oleh tubuh kita untuk bergerak dan mampu melakukan aktiviti harian.
Apabila anda mulai faham tentang konsep tenaga, maka mudah untuk anda memahami keadaan bagaimana berat badan meningkat. Berat badan akan meningkat jika:
1. Anda makan dan minum (selain daripada air masak) lebih banyak daripada keperluan badan anda maka anda telah pun mengambil terlalu banyak tenaga (kilojoules). Lebihan tenaga itu tadi yang akan ditukarkan kedalam bentuk lemak melalui proses tertentu dalam tubuh.
2. Anda tidak cukup aktif maka anda tidak akan menggunakan tenaga yang cukup (kilojoules). Jika anda mengambil makanan berlebihan, tetapi anda tidak cukup aktif untuk menggunakan balik tenaga tersebut maka itu juga akan meningkatkan berat badan.
3. Jika anda adalah kedua-dua yang diatas iaitu anda makan dan minum terlalu banyak dan tidak cukup aktif. Maka peratusan anda akan mendapat berat badan yang berlebihan bahkan termasuk dalam golongan individu obesiti adalah sangat tinggi.
1. Jika jumlah tenaga (kilojoules) yang anda ambil ke dalam tubuh melalui makanan dan minuman adalah lebih daripada jumlah yang anda gunakan melalui aktiviti fizikal dan aktiviti harian, maka anda akan mengalami masalah berat badan.
2. Jika anda menggunakan jumlah tenaga yang sama (kilojoules) daripada makanan dan minuman untuk anda gunakan bagi aktiviti fizikal dan aktiviti harian, maka berat badan anda akan tetap sama.
3. Jika jumlah tenaga (kilojoules) yang anda ambil melalui makanan dan minuman kurang daripada yang anda gunakan untuki aktiviti fizikal dan aktiviti harian, maka anda akan dapat menurunkan berat badan.
Kesimpulannya, apa-apa pun yang telah dinyatakan, proses yang berkaitan dengan sistem tubuh manusia adalah berbeza untuk semua orang kerana fisiologi tubuh manusia bergantung pada banyak faktor seperti kecekapan metabolisme tubuh, genetik dan sebagainya. Namun begitu, ia boleh dijadikan sebagai panduan asas bagi anda yang ingin menurunkan berat badan secara sihat.
Semoga bermanfaat 👍👍
Silakan share
Berat Badan Tetap Naik Atau Tiada Perubahan Walaupun Bersenam? Penting
Reviewed by Coach Mal
on
March 18, 2019
Rating:
No comments: