Kanser payudara adalah kanser yang paling kerap didiagnosis pada wanita, yang timbul daripada sel-sel payudara dan sering memberikan metastasis ke nodus limfa dan organ-organ seperti paru-paru, hati, tulang atau otak. Ia menyumbang 23% daripada jenis kanser yang didiagnosis pada wanita. Walau bagaimanapun, jika dikaitkan dengan punca kematian, ia diklasifikasikan berada di tempat yang kedua paling kerap. Kebanyakan kes dikenalpasti di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan paling kurang di Asia atau Afrika. Faktor risiko yang paling penting ialah jantina wanita, umur (yang paling berisiko ialah wanita antara 50-69 tahun), faktor genetik (pengalaman kanser pada kakak atau ibu), kehadiran mutasi BRCA1 / BRCA2, faktor hormon (penggunaan kontrasepsi hormon atau terapi penggantian hormon), perubahan ringan yang berlaku sebelum ini seperti hyperplasia ductalis atypica dan hyperplasia lobularis atypica, kepadatan tisu kelenjar yang tinggi dan gaya hidup (pengambilan alkohol atau obesiti).
Obesiti adalah suatu keadaan di mana jumlah tisu adiposa pada wanita melebihi 25% daripada jumlah berat badan dan 20% pada lelaki yang jauh melebihi keperluan tubuh. Ini boleh mengakibatkan beberapa gangguan dalam fungsi badan yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti kencing manis tahap II, penyakit kardiovaskular, apnea tidur dan pelbagai jenis kanser tertentu. Indeks jisim tubuh (BMI) membolehkan pengesanan berat badan yang berlebihan atau obesiti pada orang dewasa. Penggirannya adalah sangat mudah dengan klik sini.
Terdapat beberapa kajian yang dijalankan untuk menganalisis hubungan di antara berat badan berlebihan dan obesiti berdasarkan BMI dengan risiko kanser payudara. Salah satu percubaan klinikal yang dijalankan ialah kajian inisiatif oleh WHI (Women's Health Initiative) di 40 pusat klinik Amerika. Mereka telah memutuskan untuk menganalisis hubungan antara berat badan berlebihan dan obesiti dengan risiko kanser payudara terhadap golongan wanita selepas mengalami menopaus berusia lingkungan 50 hingga 79 tahun yang diukur berdasarkan berat badan dan mamografi setiap tahun atau tempoh dua tahun. Hasil kajian menunjukkan, setelah 13 tahun pemerhatian pada tahun 2010, seramai 3388 orang menghadapi tanda kanser payudara. Bedasarkan laporan kajian tersebut, pengkaji mendapati berat badan berlebihan dan obesiti mempunyai kaitan dengan risiko peningkatan reseptor estrogen dan progesteron yang menjadi faktor berlaku kanser payudara di kalangan wanita menopaus. Mereka yang terutamanya lebih berisiko tinggi untuk menghidapinya dikaitkan dengan mereka yang mengalami obesiti tahap 2 dan 3, kerana dipercayai mengalami keadaan saiz tumor yang lebih besar, penglibatan lebih kerap nodus limfa dan risiko kematian. Sebaliknya, mana-mana wanita yang mana BMI awalnya adalah berat yang berlebihan atau obesiti, perubahan berat badan tidak dikaitkan dengan perubahan risiko kanser payudara yang ketara.
Apa-apa pun, hasil keputusan yang ditunjukkan menunjukkan bahawa memang terdapat hubungan antara berat badan berlebihan dan obesiti dengan risiko kanser payudara walaupun ia mungkin bergantung pada banyak faktor. Namun begitu, perlu juga dinyatakan tentang proses menopaus, terapi hormon, pengedaran lemak, subjenis kanser, kepadatan mamografi payudara dan juga budaya. Walau bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan hubungan BMI dengan subjenis lain bagi kanser payudara.
Artikel ini sekurang-kurangnya dapat membantu meramal, mencegah, mengawal dan menyembuhkan penyakit dengan lebih baik pada masa akan datang. Peningkatan BMI menyebabkan risiko kanser payudara yang berpotensi tinggi dalam kalanagan wanita menopaus. Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan yang menentukan hubungan antara obesiti dan kanser payudara pada pesakit pra-menopaus, yang pastinya memerlukan analisis lanjut kerana ia tidak jelas dalam kebanyakan kajian. Oleh itu, nampaknya status menopaus seorang wanita sangat penting. Kesimpulannya, mengamalkan gaya hidup yang sihat dan memperbanyakan program pencegahan obesiti membantu menyumbang kepada pengurangkan risiko kanser payudara pada wanita menopaus.
Semoga bermanfaat dan silakan share.. 👍👍
KAJIAN: Kanser Payudara Dapat Dicegah Dengan Pengurangan BMI Dan Senaman
Reviewed by Coach Mal
on
March 15, 2019
Rating:
No comments: