Sumber: https://www.bidadari.my
Madu merupakan makanan yang mempunyai nilai pemakanan dan terapeutik yang tinggi. Kita banyak didedahkan dengan manfaat daripada madu lebah biasa berbanding manfaat yang ada terhadap madu kelulut (MK) ini. Sejak beberapa tahun sebelum ini, penggunaan dan kepercayaan masyarakat terhadap MK yang dipercayai mampu menjadi ubat bagi beberapa gejala semakin menjadi-jadi hingga ke saat ini. Malahan, ramai masyarakat berjinak-jinak dalam mengusahakan sarang kelulut dan pada saat ini telah menjadi sumber ekonomi yang mampu mendatangkan pulangan yang agak lumayan. Akan tetapi, maklumat atau kajian saintifik tentang manfaat kesihatan yang berpotensi sebagai bahan penyembuh bagi MK dalam bidang perubatan amat kurang jika ingin dibandingkan dengan madu lebah biasa yang sudah sememangnya terkenal dengan sifatnya sebagai agen terapeutik.
Namun begitu, walaupun terdapat sedikit laporan dan kajian mengenai MK, para pengkaji dalam bidang perubatan dan bioteknologi menyatakan secara empirikalnya produk-produk ini mempunyai kualiti terapi atau bersifat penyembuh yang sama seperti madu lebah biasa. Apa yang menariknya ialah terdapat banyak ciri terapeutik yang unik yang ada pada MK ini. Oleh itu, para pengkaji menyatakan bahawa MK ini mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan sebagai ubat-ubatan moden.
Beberapa pengkaji juga berpendapat bahawa pengambilan MK pada setiap hari menjadikan seseorang itu tidak akan mudah berasa kepenatan atau letih yang teruk. Selain itu, kandungan antioksidan dalam MK ini juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan madu lebah biasa. Fungsi antikosidan inilah yang dikatakan mempunyai kelebihan untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.
Madu kelulut ini mengandungi flavonoid dan finolik yang tinggi berbanding madu biasa. Maka pengambilannya sebagai rutin harian berupaya membantu mereka yang mempunyai masalah gastrik.
Pengambilan MK terutama semasa senaman, bersukan atau latihan sangat membantu seseorang untuk kekal bertenaga serta mampu untuk beraktiviti dalam tempoh yang lama tanpa merasa letih yang keterlaluan. Hal ini berlaku kerana, madu mengandungi sumber karbohidrat yang tinggi yang dapat dijadikan sumber utama semasa melakukan aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana, salah satu fungsi utama karbohidrat adalah untuk menyediakan tubuh kita dengan tenaga.
Kebanyakan karbohidrat dalam makanan yang kita makan akan dicerna dan dipecahkan menjadi glukosa sebelum memasuki aliran darah. Glukosa dalam darah akan memasuki sel badan dan digunakan untuk menghasilkan adenosine triphosphate (ATP) melalui satu siri proses kompleks yang dikenali sebagai respirasi sel. Sel-sel tersebut kemudiannya boleh menggunakan ATP untuk mengendalikan pelbagai tugas metabolik. Oleh sebab itu, MK diyakini dapat membantu prestasi atlet semasa senaman atau pertandingan kerana kelebihan yang telah dikesan pada MK adalah ia mampu untuk meningkatkan tenaga, meningkatkan stamina melalui sumber glukosa, membantu kelancaran darah dan menurunkan kandungan kolesterol yang tinggi, membantuan juga dalam merawat masalah obesiti, mampu meningkatkan berat badan secara alami dan boleh dikonsumsi sebagai sebahagian daripada diet untuk kesihatan tubuh serta banyak lagi manfaatnya.
Silakan share ! 👍
Manfaat Madu Kelulut Yang Ramai Tidak Tahu. Sila Baca
Reviewed by Coach Mal
on
March 15, 2019
Rating:
No comments: