Artikel pada kali adalah salah satu yang paling penting bagi anda yang mempunyai keinginan untuk menjadi atlet profesional. Sering kali ketika anda ingin mencapai sesuatu matlamat, matlamat itu tidak dapat dicapai seperti kemahuan yang kita inginkan. Kenapa? Masalahnya, matlamat itu bukannya kita tidak usahakan, tapi kita sudah lakukan yang semampunya. Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin anda lakukan atau terlepas pandang yang mana ia boleh membunuh impian anda untuk menjadi seorang atlet profesional.
1. Pertama sekali, tabiat buruk anda sendiri akan mensabotaj diri anda pada satu ketika. Tabiat buruk ini contohnya seperti makan makanan yang tidak sihat sepanjang masa, tidak pergi ke gim secara konsisten, merokok, melayari internet atau media sosial lebih kerap dan lain-lain. Anda perlu benar-benar mendisiplinkan diri anda supaya anda dapat menolak semua tabiat yang tidak memberikan manfaat kepada anda.
2. Seterusnya, identiti negatif. Perkara ini boleh melumpuhkan matlamat anda dalam sekelip mata. Jika anda tidak melihat diri anda sebagai seseorang yang boleh berjaya, maka anda tidak akan berjaya. Identiti anda membentuk bagaimana anda menayangkan kemampuan diri anda kepada orang lain. Contohnya, jika hasrat anda ingin menjadi pemain bola sepak yang berjaya dan mempunyai karakter tersendiri, pertama kali anda perlu mengubah identiti diri anda kepada seseorang yang anda sepatutnya menjadi dengan meneliti idola dan tokoh ahli sukan bola sepak yang telah berjaya. Ambil nilai postif disebalik usaha keras dan kejayaan mereka itu adalah yang terbaik.
3. Kemudian, rajin bertanya dan menerima pendapat mereka yang mempunyai ilmu dalam sukan seperti pemain pengalaman, jurulatih, guru-guru dan mereka yang sudah mempunyai pencapaian yang membanggakan dalam karier sukan mereka. Hal ini bermaksud, anda perlu terima pendapat yang baik dari orang mereka dan rajin bertanya apa yang anda ingin capai. Hal ini demikian kerana, masih begitu banyak atlet yang merasa diri mereka sudah begitu hebat tanpa memerlukan ilmu pengetahuan baru walaupun prestasi masih sederhana bahkan biasa-biasa saja.
4. Dan dalam pada masa yang sama, anda perlu berhenti bimbang tentang apa yang orang lain berfikir tentang apa yang anda lakukan atau yang bertujuan untuk merendahkan kemampuan anda. Siapa yang peduli? Bukan hak mereka untuk mengatur hidup kita dan kita bukan hidup untuk dikata-katakan oleh mereka. Jangan pernah sesekali hentikan diri anda daripada melakukan sesuatu yang anda mahu lakukan hanya kerana seseorang yang tidak bersetuju dengan anda. Untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik rahsianya adalah TERUS MENCUBA dan TRY AND ERROR AND CHANGE.
5. Selain itu, anda perlu tahu siapa yang akan bersama anda yang akan menolak diri anda lebih kehadapan. Mereka yang paling berpengaruh adalah rakan sebaya anda yang akan bersama-sama akan mencapai matlamat yang lebih baik atau yang akan menahan anda daripada mencapai semuanya. Ada beberapa ahli Pakar Psikologi yang mengatakan bahawa jika anda bergaul dengan 9 orang yang dijangka tidak akan pergi ke mana-mana dalam hidup, maka anda akan menjadi orang yang ke-10 dari kalangan mereka. Tetapi jika anda bersuara dengan 9 orang itu dan memberikan motivasi yang benar-benar mengikuti hati dan impian mereka, anda juga akan menjadi orang yang ke-10 yang berjaya. Berhati-hati dengan siapa anda habiskan masa harian selain keluarga.
6. Akhirnya, anda perlu mempunyai visi yang jelas dalam mencapai impian anda kerana ia akan menjadi satu laluan dan perangsang untuk anda maju kehadapan. Begitu ramai atlet yang tidak mempunyai visi yang jelas dan tujuan jelas tentang sasaran yang ingin mereka capai. Percayalah, anda tidak akan mendapat sebarang tempat jika anda tidak tahu ke mana anda perlu pergi.
Menjadi Seorang Atlet Tak Mudah - Baca Selanjutnya
Reviewed by Coach M
on
March 25, 2020
Rating:
No comments: