Alahan Makanan dan Tanda-tanda

alahan makanan

Alahan makanan merupakan suatu reaksi atau tindak balas sistem imun tubuh yang berlaku sejurus anda selesai makan atau mengkonsumsi makanan tertentu. Terdapat sejumlah kecil makanan penyebab alahan boleh menyebabkan tanda-tanda dan gejala seperti masalah pencernaan, gatal-gatal atau pembangkakan pada saluran pernafasan. Selain itu, terdapat juga sesetengah orang dimana alahan pada makanan tertentu boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk, bahkan mampu mengancam nyawa mereka iaitu dikenali sebagai anafilaksis. Anafilaksis adalah suatu tindak balas alahan yang serius dan mampu mengancam nyawa. Reaksi anaphylactic yang paling biasa berlaku adalah melalui makanan, sengatan serangga, ubat-ubatan dan latek.

Sekiranya anda mempunyai alahan pada bahan tersebut, sistem imun anda bereaksi terhadap alergen ini dengan melepaskan bahan kimia tertentu yang akan menyebabkan gejala alergi. Biasanya, gejala-gejala ini berlaku di satu lokasi badan tertentu. Walau bagaimanapun, sesetengah orang terdedah kepada reaksi anaphylactic yang lebih serius. Tindak balas ini biasanya akan menjejaskan lebih daripada satu bahagian badan pada masa yang sama.

Anafilaksis ini memerlukan rawatan perubatan yang segera, termasuklah melalui suntikan epinefrin dan rawatan khas dalam bilik kecemasan. Sekiranya ia tidak dirawat dengan segera dan cara yang betul, anafilaksis mampu membawa maut.

Berdasarkan kajian yang dijalankan pakar klinikal kesihatan, alahan makanan menjejaskan enam hingga lapan peratus kanak-kanak di bawah umur tiga dan tiga peratus pada orang dewasa. Walaupun tidak ada penawar khas yang mampu ditemui pada saat ini, sesetengah kanak-kanak mampu mengatasi alahan makanan yang mereka alami apabila mereka meningkat tua.

Walaupun begitu, kita hampir tidak dapat mengenalpasti antara alahan makanan dengan tindak balas umum terhadap makanan tertentu iaitu dikenali sebagai intoleransi makanan (food intolerance). Intoleransi makanan adalah suatu keadaan yang kurang serius yang mana ia tidak melibatkan sistem imun.

Apabila anda mempunyai alahan makanan, sistem imun tubuh anda mengalami kekeliruan untuk mengenal pasti makanan tertentu atau bahan makanan sebagai sesuatu bahan yang berbahaya untuk tubuh. Dalam keadaan itu, sistem imun tubuh anda akan menjanakan sel-sel tertentu untuk membebaskan antibodi yang dikenali sebagai immunoglobulin E (IgE) yang befungsi untuk meneutralkan makanan yang menyebabkan alahan atau bahan makanan (allergen).

sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/File:The_Allergy_Pathway.jpg

Pada masa akan datang, sekiranya anda makan makanan atau bahan tersebut walaupun dalam kuantiti yang sedikit, maka antibodi IgE tersebut akan mengesan dan memberi signal terhadap sistem imun tubuh anda supaya melepaskan bahan kimia yang dipanggil histamine, serta beberapa bahan kimia lain ke dalam aliran darah anda. Bahan kimia ini yang akan menyebabkan wujud simptom alahan.

SIMPTOM ALAHAN UMUM

Bagi beberapa situasi, tindak balas alahan terhadap makanan tertentu mungkin akan membuatkan anda hanya berasa tidak selesa tetapi tidak begitu teruk. Bagi beberapa keadaan pula, reaksi alahan makanan juga mampu mengancam nyawa anda. Simptom alahan makanan biasanya akan merebak dalam masa beberapa minit hingga dua jam selepas anda makan makanan yang menyebabkan alahan.

Tanda-tanda dan simptom alahan pada makanan:

  • Kesemutan atau rasa gatal-gatal di dalam mulut
  • Gatal-gatal atau ekzema
  • Bengkak bibir, muka, lidah dan tekak atau bahagian badan yang lain
  • Hidung tersumbat atau sukar bernafas
  • Nyeri pada perut, cirit-birit, mual atau muntah
  • Pening kepala atau pingsan

eczema
sumber: www.healthawareness.co.uk/
SIMPTOM ANAFILAKSIS

Dalam beberapa keadaan, alahan makanan mampu mengakibatkan reaksi alahan yang lebih teruk dan itulah yang dipanggil sebagai anafilaksis. Rawatan kecemasan adalah penting untuk keadaan anafilaksis ini. Jika tidak dirawat segera, keadaan anafilaksis ini mampu menyebabkan koma atau kematian. Keadaaan ini mampu menyebabkan tanda-tanda dan simptom yang mengancam nyawa anda seperti:
  • Penyempitan saluran pernafasan
  • Tekak bengkak
  • Kejutan tiba-tiba disusuli dengan penurunan tekanan darah yang teruk
  • Kadar nadi yang cepat
  • Pening atau pengsan
Bagi orang dewasa, kebanyakan alahan makanan terkandung dalam sumber protein tertentu terutamnya:
  • Kerang, udang, udang karang dan ketam
  • Kacang tanah atau kekacang tertentu
  • Ikan

Bagi kanak-kanak pula, alahan makanan juga biasanya disebabkan oleh protein tertentu terutamnya:
  • Kacang tanah atau kekacang tertentu
  • Telur
  • Susu lembu
  • Gandum
  • Soya
 
 

FAKTOR RISIKO ALAHAN MAKANAN

  1. Sejarah keluarga. Anda menghadapi risiko alahan makanan yang teruk jika anda mempunyai asma, ekzema, gatal-gatal atau alahan seperti kerap demam dalam keluarga anda.
  2. Alahan lain. Jika anda mempunyai alahan kepada satu makanan, anda mungkin berisiko mempunyai alahan terhadap makanan yang lain. Dalam keadaan yang sama, jika anda mempunyai jenis reaksi alahan yang lain seperti demam atau ekzema, maka risiko anda mengalami alahan makanan adalah lebih besar.
  3. Umur. Alahan makanan lebih biasa berlaku pada kanak-kanak, terutama kanak-kanak dan bayi. Apabila anda meningkat tua, sistem pencernaan anda semakin matang dan badan anda akan kurang menyerap komponen makanan atau makanan yang mampu menyebabkan alahan.

BAGAIMANAKAH CARA MENGATASI ALAHAN YANG LEBIH TERUK?

Jika anda sudah tahu yang anda mempunyai masalah alahan makanan, beberapa cadangan yang sesuai untuk anda amalkan, antaranya ialah:
  1. Ketahui apa yang anda makan dan minum. Pastikan anda membaca label makanan dengan berhati-hati.
  2. Berbincang dengan doktor anda untuk membekalkan anda epinephrine kecemasan. Anda kemungkinan perlu membawa epinephrine autoinjector (Adrenaclick, EpiPen) jika anda menghadapi risiko reaksi alergi yang teruk.
  3. Berhati-hati semasa membuat pesanan di restoran. Pastikan beritahu pelayan atau tukang masak bahawa anda sama sekali tidak boleh memakan makanan yang memyebabkan anda alahan dan anda perlu memastikan bahawa makanan yang anda pesan tidak mengandungi bahan tersebut. Selain itu, pastikan makanan anda tidak disediakan pada permukaan atau dalam kuali atau bekas yang mengandungi sebarang makanan anda alah. 
  4. Rancang pemakanan dan makanan ringan sebelum anda meninggalkan rumah. Sekiranya perlu, ambil makanan yang sejuk dengan makanan bebas alergen apabila anda pergi ke mana-mana acara.

Semoga Bermanfaat 👍👍
Silakan share !!
Alahan Makanan dan Tanda-tanda Alahan Makanan dan Tanda-tanda Reviewed by Coach M on April 04, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.