Kesunyian umumnya didifinisikan sebagai suatu keadaan dimana diri kita berasa sunyi, sepi kerana berkeseorangan. Masalah ini sering berlaku terutamanya dalam kalangan wanita bujang atau lebih berusia apabila rakan-rakan seusia sudah mendirikan rumah tangga. Kita juga akan merasa kesunyian walaupun ketika kita berada dalam sekumpulan orang yang ramai. Kesunyian boleh juga membawa makna suatu perasaan yang tidak puas hati akan kualiti perhubungan dengan orang lain dan ia berbeza dengan makna bersedirian atau keadaan tanpa kehadiran orang lain.
Pelik tak pelik kesunyian juga dilabelkan sebagai suatu masalah yang mampu membunuh menurut para pakar psikologi. Ia bukan sahaja menyakitkan kita secara emosi, tetapi menyebabkan berlakunya rembesan hormon tekanan yang tinggi dan mampu merosakkan organ kita dari masa ke semasa. Selain itu, pakar psikologi menyatakan bahawa kesunyian yang sedang dialami berterusan dinilai sebagai salah satu faktor risiko tinggi untuk kematian sama seperti merokok. Walaupun kebanyakan orang mengakui bahawa keperluan utama untuk berkasih sayang dan sokongan moral patut diberikan lebih kepada golongan muda atau remaja, namun terdapat banyak keengganan untuk mengakui bahawa orang dewasa juga sangat memerlukannya.
Setiap orang mempunyai keperluannya tersendiri untuk merasa bahagia dan cara sendiri untuk tidak berada dalam zon yang sepi. Keperluan orang lain sememangnya berbeza contohnya seperti keperluan untuk makanan, keperluan untuk bersukan, keperluan untuk travel dan sebagainya. Jika anda menolak keperluan tersebut maka anda akan seperti menderita kerana sesuatu yang mampu membuatkan anda keluar dari zon sunyi tidak dapat dicapai.
Kita tahu bagi golongan muda apa yang mereka perlukan adalah sokongan moral, kasih sayang pihak tertentu (ibu bapa, sekolah dan masyarakat) dan penghargaan keatas pencapaian mereka. Namun, bila melibatkan golongan dewasa yang matang, keperluan mereka menjadi lebih tertumpu pada satu faktor utama yang mampu mewujudkan banyak lagi faktor-faktor lain seperti berhubung kait. Faktor utama masalah kesunyian golongan dewasa adalah hati. Masalah hati yang menjadi punca kesunyian boleh berlaku disebabkan faktor pasangan, pekerjaan, masa bersosial, kewangan, tanggungjawab dan sebagainya. Kesemua faktor yang berhubungan dengan hati tersebut membawa kepada kesukaran untuk mencapai keinginan pribadi. Maka pada akhirnya, kesunyian akan menyelibungi diri dan perlahan-lahan membawa kepada penderitaan diri yang lebih serius.
Ilustrasi oleh Brianna Gilmartin, Verywell |
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kesunyian atau kesepian ini boleh dibahagi kepada dua jenis keadaan iaitu kesunyian sosial dan kesunyian emosi. Kesunyian sosial merupakan suatu keadaan dimana individu itu merasa mempunyai kawan atau individu yang rapat dalam jumlah yang sedikit di sekelilingnya dan hal ini telah menimbulkan kesunyian. Manakala kesunyian emosi merupakan suatu lagi keadaan yang mana individu itu merasakan hubungannya dengan kawan atau individu yang rapat tidak begitu mendalam dari aspek kualiti hubungan. Sungguhpun dia mempunyai ramai individu rapat di sekelilingnya, tetapi dia masih merasakan seperti ada kekosongan dan kekurangan yang menyebabkan dia kesunyian.
Ciri-ciri Individu Yang Mengalami Masalah Kesunyian
- Cenderung menyalahkan diri sendiri atas hubungan sosial yang buruk dengan individu lain (Anderson & Snogdgrass, dalam Myers, 1999)
- Penerimaan terhadap orang lain secara negatif (Jones, Wittenberg,& Reiss, dalam Myers, 1999)
- Sukar untuk menjalinkan hubungan persahabatan dan bergaul di dalam suatu kelompok masyarakat (Rock, Spitzberg & Hurt, dalam Myers, 1999)
- Cenderung menjadi seseorang yang pemalu, self-conscious, introvert, memiliki keyakinan diri yang rendah serta tidak asertif (Jones & Cutrona, dalam Saks & Krupart, 1998)
Risiko Kesihatan Berkaitan Kesunyian
Kesunyian mempunyai pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental, hal ini termasuklah:
- Kemurungan dan bunuh diri
- Penyakit kardiovaskular dan strok
- Meningkatan tahap tekanan
- Mengurangkan kemampuan ingatan dan pembelajaran
- Tingkah laku antisosial
- Pengambilan keputusan yang buruk
- Penyalahgunaan alkohol dan dadah
- Kecenderungan kearah penyakit Alzheimer
- Perubahan terhadap fungsi otak
Cara Mengatasi Masalah Kesunyian
- Kurangkan rasa takut anda terhadap orang lain dengan keberanian diri atau jika perlu dengan bantuan psikoterapi.
- Ketahui cara berhubungan awal dengan orang lain dengan cara membiarkan diri anda dalam keadaan janggal apabila bercakap secara terus kepada orang lain tentang pengalaman sebenar anda. Seterusnya, sentiasa bersikap memilih dengan siapa untuk berterus-terang, tetapi ikhlas dengan semua orang.
- Didik diri anda dalam hubungan pekerjaan. Keterhubungan adalah suatu perkara yang paling penting untuk mencapai kebahagiaan. Anda juga perlu membaca lebih banyak buku atau artikel yang berkaitan cara melebarkan jaringan hubungan dengan sesiapa sahaja di sekitar anda mahupun dalam aspek pekerjaan. Ia dapat membantu anda untuk lebih percaya diri dan memahami kemampuan diri anda sendiri.
- Sertai apa-apa kumpulan, organisasi atau program seperti aktiviti-aktiviti masjid, gotong royong, kelas senaman dan sebagainya.
- Selalu berdoa dengan Allah SWT dan bercakap dengan nada yang jelas ketika memohon doa. Menurut pakar neurosains, otak tidak akan membezakan kita ketika bercakap atau meluahkan sesuatu perasaan samada dengan manusia atau Allah SWT kerana apa yang kita cakap ketika berdoa sama sahaja seperti kita bercakap dengan orang. Dalam pada masa yang sama, kita akan lebih yakin diri untuk bercakap dengan orang lain.
- Memelihara haiwan peliharaan kesayangan. Menjaga haiwan kesayangan dan menjaganya juga dapat mewujudkan rasa senang dan cinta dalam diri anda.
- Menerima bahawa anda memerlukan hubungan dengan orang lain. Setiap orang secara lumrahnya memang akan memerlukan orang lain disampingnya dan ia merupakan sebuah keperluan yang matang dimana kita perlukan orang untuk berkongsi segala hal.
- Menerima bahawa kadang-kadang anda juga perlukan masa untuk bersendirian kadang. Semua orang berhak untuk bersendirian tetapi dalam tempoh yang singkat. Jangan malu untuk bersendirian seketika sebelum anda mempunyai keyakinan diri semula.
- Berhenti mengalihkan perhatian anda daripada kesunyian dengan aktiviti seperti online, menghabiskan urusan kerja atau urusan lain. Semua perkara ini bukanlah menjadi masalah sebenarnya. Tetapi jika ia menghalang anda daripada mendapatkan hubungan dengan rakan-rakan atau orang lain, maka seelok-eloknya anda berhenti. Walaupun anda merasakan kesepian itu begitu sukar, setidak-tidaknya memberhentikan perkara-perkara yang boleh menjauhkan anda dengan orang lain tersebut dapat mendorong anda untuk mengatasi masalah ini.
- Amalkan rasa belas kasihan dan prihatin terhadap orang lain. Apabila anda merasa kesepian, perkara utama anda perlu lakukan adalah menjaga diri anda. Apabila orang lain dalam keadaan kesunyian, maka hiburkan dia atau tawarkan diri anda sekiranya anda boleh membantu. Sentiasa ingat bahawa anda dan orang itu berada di dalam keadaan yang sama.
" Kesepian itu datang ketika kita lupa bahawa Allah SWT itu ada bersama kita"
La Tahzan, Innallah Ma’anaa
(Jangan bersedih, sesungguhnya Allah SWT bersama kita)
Semoga Bermanfaat 👍👍
Silakan share !!
Anda sunyi berpanjangan? Kesunyian itu mampu membunuh!
Reviewed by Coach M
on
April 19, 2019
Rating:
No comments: