1. Minum Air Putih Yang Cukup
Pada waktu malam, badan kita sebenarnya menjalankan proses membaiki dan mengeluarkan semua toksin dalam badan tanpa anda sedari. Apabila anda meminum air putih ketika perut kosong pada waktu pagi, anda telah pun membersihkan dalaman tubuh anda daripada sebarang racun berbahaya dan menjadikan tubuh anda lebih segar dan sihat. Minum air putih yang banyak juga boleh membantu meningkatkan pembikinan sel-sel otot dan sel darah baru. Semantara manfaat lainnya adalah seperti mengawal berat badan dan membuat kulit lebih lembap dan berseri
2. Regangan Yang Ringan dan Ringkas
Selain membuatkan tubuh anda lebih sihat, senaman ringan pada waktu pagi juga boleh membuat anda lebih bersemangat sepanjang hari yang anda lalui. Apabila anda tidur, otot-otot tubuh anda akan berehat. Pergerakan senaman ringan seperti regangan atau berjalan santai dapat membantu tubuh untuk melegakan otot supaya ia bersedia ketika anda memulakan kegiatan pada pagi hari.
3. Mandi Air Sejuk
Mandi dengan air suam atau panas pada waktu pagi membuatkan anda lebih tenang dan selesa, tetapi ternyata bahawa mandi waktu pagi dengan air sejuk mempunyai lebih banyak manfaat untuk tubuh. Suhu air sejuk mampu menyediakan tubuh anda supaya lebih bersedia untuk melalui hari anda. Di samping itu, mandi dengan air sejuk juga berasa lebih segar. Jika anda tidak biasa mandi mengunakan air sejuk pada waktu pagi, maka mulailah dengan menyiram mula dari kaki ke tangan, kemudian menyiram ke badan. Dengan cara ini, badan anda akan mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dengan suhu sejuk sebelum anda mula mandi.
4. Merancang Kegiatan Sepanjang Hari
Adalah penting untuk mengetahui matlamat anda pada hari tersebut. Sentiasa ingat, hari tersebut tidak akan pernah kembali lagi. Maka, rancanglah hari anda dan buatlah yang terbaik. Rancang apa yang anda mahu lakukan dan capai hari tersebut. Anda juga boleh menulis senarai atau harapan anda.
5. Sarapan Yang Sihat dan Berkhasiat
Tubuh kita sama fungsinya seperti kereta, iaitu kereta memerlukan petrol untuk terus bergerak. Begitu juga dengan badan anda yang memerlukan 'bahan api' supaya prestasi tubuh anda adalah pada tahap yang maksimum. Jika anda sering bersarapan dengan apa-apa yang berlemak atau makanan bergoreng, maka anda boleh tukarkan diet dengan mencuba sarapan yang lebih sihat seperti roti gandum, telur, ayam rebus dan sebagainya.
5 Tips Bangkitkan Semangat Pada Pagi hari
Reviewed by Coach M
on
July 25, 2019
Rating:
No comments: