Pada zaman sekarang, kesihatan dilihat sebagai suatu masalah sosial yang amat serius dalam sesebuah negara bahkan dunia. Masalah kesihatan mampu mempengaruhi kehidupan seseorang individu, masyarakat dan pertumbuhan demografik sesebuah negara.
Masalah kesihatan sering kita kaitkan dengan golongan yang sudah berumur. Walupun begitu, oleh kerana peredaran masa dan pembangunan yang kini agak pesat, ia telah mengakibatkan timbul pelbagai masalah kesihatan yang semakin serius dalam setiap lapisan masyarakat bermula daripada bayi lagi. Jika dilihat senario ini di Malaysia, masalah kesihatan mencapai tahap yang semakin membimbangkan walaupun belum mencapai status negara maju.
Istilah kesihatan itu sendiri adalah merujuk kepada sebuah keadaan dimana fizikal, mental dan sosial dalam keadaan yang sempurna dan tidak hanya merujuk kepada ketiadaan penyakit atau kelemahan. Walaupun begitu, sekiranya masalah dalam aspek fizikal, mental dan sosial ini anda tidak beri perhatian, maka kesempurnaan dan kesejahteraan hidup kemungkinan tidak akan dapat dicapai oleh anda dan kemudiannya memberi kesan kepada tahap kesihatan masyarakat sekitar secara keseluhannnya.
Pentingnya Kesihatan Fizikal
Kesihatan dalam aspek fizikal membawa manfaat yang besar kepada seseorang individu, masyarakat dan juga negara. Antara manfaatnya ialah:
1. Meningkatkan Ketahanan Kardiovaskular
Penjagaan kesihatan mampu meningkatkan fungsi jantung yang lebih baik. Sekiranya penjagaan kesihatan anda lakukan dengan baik, maka ia sangat membantu dalam mempertingkatkan ketahanan kardiovaskular atau kemampuan aerobik anda walaupun sudah berusia.
Selain itu, kemampuan otot jantung anda juga akan berfungsi dengan berkesan bagi membolehkan anda melakukan aktiviti harian dalam jangka masa yang lebih lama tanpa merasa letih yang keterlaluan. Tidak cuma itu, mempunyai tahap kesihatan yang baik juga membantu dalam mengurangkan dan mengekalkan peratus komposisi tubuh.
Komposisi tubuh merujuk kepada jumlah peratusan berat badan iaitu lemak dan tisu tanpa lemak. Perkara ini akan memainkan peranan besar bagi mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik seperti obesiti dan diabetes.
2. Menguatkan Tulang dan Otot
Mempunyai tahap kesihatan yang baik membantu menguatkan tulang, otot dan sendi terutamnya bagi mereka yang sudah berusia. Selain itu, mempunyai kekuatan tulang dan otot juga akan membantu anda dalam pergerakan agar sentiasa stabil. Penjagaan kesihatan dengan melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berbasikal dan membuat kerja rutin harian juga dapat membantu dalam meningkatkan ketahanan dan kekuatan otot anda.
Kerja atau aktiviti-aktiviti tersebut mempu melatih sekumpulan otot untuk terlibat dalam proses penguncup yang berulang dalam satu jangka masa yang cukup. Ia juga membantu dalam membangunkan kekuatan otot apabila penggunaan otot yang maksima dilakukan oleh satu atau sekumpulan otot tertentu.
Hasilnya, anda lebih berkemampuan untuk melakukan pelbagai jenis pergerakan yang kompleks dengan usaha yang minima dan mudah.
3. Meningkatkan Kesihatan Mental dan Mood
Umum mengetahui, badan yang sihat akan mewujudkan minda yang cerdas. Maka, keadaan fizikal yang sihat dapat membantu anda untuk mendapatkan suasana tidur yang mencukupi. Apabila anda melakukan senaman atau aktiviti fizikal pada siang hari, maka anda akan mempunyai masa tidur yang lebih awal dan cukup pada malam hari.
Hal ini berlaku disebabkan tuntutan tubuh anda sendiri yang secara automatiknya mengatur tubuh ke dalam keadaan rehat setelah ia bekerja pada siang hari. Maka, hal ini akan membantu minda dan mood anda yang lebih baik kerana mempunyai cukup masa rehat dan tidur supaya badan lebih bersedia untuk hari yang seterusnya.
Tidak cuma itu, mempunyai kesaihatan tubuh yang baik juga akan membuatkan anda akan sentiasa dalam keadaan yang fokus dan bersemangat.
Kepentingan Penjagaan Kesihatan Fizikal
Reviewed by Coach M
on
July 26, 2019
Rating:
No comments: