Manfaat Lemon Untuk Menurunkan Berat Badan


Air hasil perahan lemon merupakan bahan yang sangat mujarab bagi membantu menurunkan berat badan. Perkara ini telah dibuktikan dengan beberapa kajian yang dilakukan oleh para pengkaji termasuklah sebuah Universiti Jogakuen di Jepun yang mana menyarankan kepada setiap orang yang mempunyai masalah dengan berat badan untuk meminum air perahan lemon secara rutin. Sekiranya anda mempunyai masalah ulser pada bahagian perut (peptic ulcers) pun anda masih boleh minum. Terdapat beberapa bukti bahawa diet yang kaya dengan asid askorbik, seperti jus lemon ini sebenarnya membantu melindungi perut daripada kanser tertentu dan kerosakan lain. Penemuan ini terutama juga berkaitan dengan orang yang mempunyai ulser bahagian perut). Selain rasanya yang enak, ia juga telah dibuktikan mampu menjadi ejen perawat.

Bagi hasil yang terbaik, mari ikuti langkah dibawah ini..

1. Campurkan air perahan lemon dengan air suam (bergantung kepada jumlah yang diinginkan). Campurkan dengan sedikit madu agar rasanya tak terlalu masam. Kemudian dikacau dan diminum ketika masih suam. Lemon ini mempunyai manfaat diuretic yang mana ia dapat membantu mengatasi masalah ginjal dan hati serta menghalang lemak-lemak jahat daripada mengganggu fungsi organ dalaman yang lain.

2. Tukarkan tabiat meminum minuman ringan atau bikarbonat serta kopi segera dengan air atau jus lemon. Selain tu, kurangkan pengambilan gula dalam minuman lain mahupun jus lemon tersebut supaya kandungan kalori tetap seimbang. Utamakan juga meminum air putih yang cukup sehingga kesan manfaat lemon itu tadi berkesan dengan sempurna.

3. Masukan potongan lemon di dalam botol minuman. Kemudian campurkan dengan daun mint dan biarkan semalaman. Tujuannya adalah supaya khasiat lemon dan mint dapat dikeluarkan dan kemudian bercampur dengan air. Minuman ini siap untuk diminum pada keesokannya. 

4. Minum air lemon sebelum anda makan (15-20 minit) sebelum anda makan. Ia bertujuan untuk mengawal nafsu makan agar tetap dalam keadaan terkawal. Selain itu, anda dapat mengurangkan rasa lapar dengan meminum air. 



Sumber: vemale.com

Manfaat Lemon Untuk Menurunkan Berat Badan Manfaat Lemon Untuk Menurunkan Berat Badan Reviewed by Coach M on July 15, 2019 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.