Kunci prestasi bagi sesebuah pasukan bergantung kepada empat komponen utama iaitu fizikal, teknikal, taktikal dan psikologi. Komponen taktikal dalam pasukan juga penting kerana ia membantu pasukan untuk memberikan permainan yang baik sekaligus memperolehi kemenangan. Walaupun menguasai komponen teknikal itu juga amat penting, tetapi ia masih tidak mencukupi.
Pemain perlu tahu bukan sahaja cara untuk bermain permainan secara teknikal tetapi juga bagaimana untuk memilih taktik yang perlu untuk mencapai kejayaan dan yang sesuai pada ketika itu juga. Setiap perlawanan memerlukan perancangan taktikal yang berbeza-beza berdasarkan corak permainan lawan yang sememangnya berlainan.
Oleh itu, pemain harus juga dilatih supaya mempunyai pengetahuan tentang taktikal semasa dalam latihan atau perlawanan, membuat keputusan secara spontan yang tepat serta dapat mengaplikasikan kemahiran taktikal dalam situasi permainan. Ramai para pengkaji sukan bersetuju dan menyatakan bahawa jurulatih merupakan pakar dalam bidang kejurulatihan sukan mengikut sukan masing-masing, tetapi masalahnya adalah mereka lebih fokus melatih pemain dari segi aspek teknikal dan kurang memberikan perhatian yang sewajarnya pada aspek taktikal.
Adapun aspek taktikal yang diberikan, namun ia tidak mengambil kira semua keadaan dalam permainan. Contohnya, pemain hanya didedahkan dengan taktikal serangan daripada kawasan sendiri menunjuk ke kawasan lawan dan bertahan secara umum dengan lebih banyak. Sedangkan terdapat beberapa lagi aspek taktikal yang perlu diperhatikan contohnya seperti taktik serangan dan pertahanan seperti 3 lawan 3, 3 lawan 2, 2 lawan 3, 1 lawan 1 dan sebagainya serta mededahkan dengan pemain bila perlu membuat long pass, dan short pass dalam sesuatu keadaan.
Sekiranya arahan dari jurulatih hanya fokus sepenuhnya terhadap perlaksanaan kemahiran motor dan kurang terhadap pengetahuan taktikal, atlet tidak akan memenuhi keperluan strategi dalam permainan untuk menjadi kompeten, bahkan seseorang pemain mungkin mengetahui apa yang perlu dilakukan tetapi pemain tidak berupaya mempamerkan ketepatan membuat keputusan yang baik kerana pelbagai sebab seperti masa, tekanan pihak lawan dan keletihan.
Dalam kebanyakan kajian prestasi sukan yang dijalankan, aspek taktikal dalam sukan terutama sekali dalam sukan berpasukan adalah terhad. Beberapa pengkaji mendapati bahawa analisis dalam aspek taktikal adalah terhad dan mendapat sedikit perhatian daripada pengkaji sukan dan jurulatih. Selain daripada itu, gabungan penyelidikan tentang situasi taktikal dalam situasi permainan yang realiti dan pembolehubah yang lain turut digalakkan.
Program latihan taktikal bagi menguji dan meningkatkan pengetahuan taktikal, ketepatan membuat keputusan taktikal dan prestasi aksi taktikal pemain perlu dimasukan kedalam program latihan. Keperluan latihan taktikal penting untuk meningkatkan kemahiran taktikal, maka oleh kerana itulah ia perlu dimasukan sekali kedalam program latihan. Sekiranya hal ini tidak dilakukan, ia akan memberikan impak terhadap prestasi pasukan dan individu disebabkan kelemahan berfikir dengan pantas dan gagal membuat keputusan serta keberkesanan taktikal.
Sukan berpasukan memerlukan latihan taktikal yang khusus dalam pengetahuan, membuat keputusan dan prestasi aksi taktikal. Oleh itu, satu bentuk latihan taktikal yang tertumpu kepada membina pengetahuan, membuat keputusan dan prestasi aksi taktikal haruslah dihasilkan. Latihan taktikal ini penting untuk sukan berpasukan dan sukan berprestasi tinggi kerana disebabkan situasi permainan yang berubah-ubah, atlet atau pemain perlu ada pengetahuan taktikal deklaratif dan prosedural bagi dapat membuat keputusan sendiri secara spontan dan tepat sekaligus dapat mempamerkan prestasi aksi taktikal dalam permainan.
Beberapa kajian yang menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan bagi pengetahuan taktikal, membuat keputusan dan pretasi aksi taktikal melalui kajian tentang hubungan antara pengetahuan taktikal, membuat keputusan dan prestasi aksi taktikal.
sumber: O Noorzaliza (2017) - studentsrepo.um.edu.my
Adakah Aspek Taktikal Penting Dalam Meningkatkan Prestasi Dan Kejayaan Pasukan?
Reviewed by Coach M
on
August 29, 2019
Rating:
p
ReplyDeleteUntuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
ReplyDeletedimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||