Pada mata kasar umum, jurulatih menjadi seseorang yang mempunyai kuasa untuk bersuara di padang dan juga menjadi seorang pembentuk strategi dalam bilik persalinan atlet. Akan tetapi, pengaruh mereka bukan sahaja terhad dalam perkara itu kerana melihat secara lebih luasa sebenarnya peranan mereka jauh lebih mendalam. Jurulatih memainkan pelbagai peranan untuk atlet mereka, iaitu daripada contoh terdekat bagi mencorak disiplin atlet hinggalah menjadi seorang mentor dalam kehidupan mereka.
Oleh itu, organisasi sukan perlu menitikberatkan pengambilan jurulatih dan kakitangan yang terbaik, berpengalaman dan yang paling penting adalah seseorang yang sangat memahami budaya sukan di tempat tersebut bagi memastikan objektif dan matlamat utama organisasi dapat dicapai. Tidak kira apa peranannya, kejayaan sebagai seorang jurulatih hanya dapat diperoleh melalui kerja keras dan pendidikan yang berterusan bagi mereka yang sanggup melakukannya.
1. Komunikasi Yang Jelas Dan Mudah Difahami
Komunikasi yang berkesan adalah satu faktor penentu kejayaan pasukan. Hal ini bukan sahaja untuk jurulatih, tetapi dalam setiap aspek kehidupan juga sama. Kebanyakan cabaran dan halangan yang timbul datangnya daripada komunikasi yang tidak jelas dan tidak difahami. Oleh itu, hal itu menjadikannya sebuah kemahiran penting untuk dikuasai dalam mencapai kejayaan. Komunikasi yang tidak jelas juga sebenarnya boleh menyebabkan kecederaan atlet dan prestasi mereka.
Jurulatih sangat berperanan dalam membangkitkan semangat, mengembangkan bakat dan meningkatkan kemahiran serta prestasi atlet mereka. Walaupun begitu, namun masih terdapat banyak lagi sebenarnya tanggungjawab yang kritikal anda perlu hadapi. Hal ini termasuklah pembinaan hubungan melalui komunikasi yang padu.
Jurulatih yang benar-benar mampu berhubung dengan atlet akan menampakan kemajuan yang lebih jauh berbanding anda hanya tahu meberikan arahan sahaja. Keupayaan berhubung dengan atlet adalah salah satu kemahiran yang tidak dapat diajar tetapi dapat diperkuat melalui pelbagai bentuk komunikasi.
Komunikasi bukan sahaja menyampaikan mesej semata-mata, malah ia termasuklah mendengar dengan teliti luahan daripada atlet anda sendiri. Mendengar mungkin merupakan sebahagian daripada perkara yang paling penting dalam proses komunikasi. Orang secara semula jadinya bercakap lebih banyak daripada mereka mendengar, jadi jurulatih yang berjaya mesti menguasai kemahiran mendengar dengan fokus.
Apabila seorang jurulatih mendengar luahan atletnya, maka anda akan dapat mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang akan memberi manfaat kepada latihan dan kemajuan atlet itu sendiri. Mendengar dengan penuh perhatian juga dapat membantu membina kepercayaan dan hubungan yang lebih kuat antara jurulatih dan atlet.
2. Mengorganisasi Pasukan
Sebagai sebuah kemahiran, mengorganisasi pasukan adalah suatu yang sangat kritikal dan perlukan perancangan yang menyeluruh jika seorang jurulatih ingin mencapai kejayaan. Perancangan dan organisasi diperlukan bagi memastikan para atlet terlibat secara langsung dalam menentukan arah tuju pasukan. Tanpa pelan tindakan, kedua-dua atlet dan jurulatih mungkin akan kehilangan motivasi atau melihat matlamat dan kemajuan pasukan itu sukar untuk dicapai
Sistem dan rutin bukan sahaja memupuk kemajuan, tetapi membenarkan jurulatih mengesan kemajuan pasukan secara terperinci. Mencapai matlamat harian yang boleh dicapai, matlamat individu dan matlamat luaran membantu atlet mengekalkan tumpuan. Kemajuan pasukan dapat dilihat dengan pengambilan data, jurulatih menggunakan kaedah motivasi dan memberikan inspirasi kepada atlet.
Membuat perancangan pasukan dapat merapatkan hubungan pasukan dan boleh mengurangkan tahap kebimbangan tentang persaingan. Menyusun permainan dan perancangan latihan dapat membantu atlet mengendalikan situasi tekanan dengan lebih baik. Kemahiran ini juga berharga dalam menangani situasi kehidupan luaran, seperti menenangkan diri semasa punya masalah atau mengurangkan tekanan dalam keadaan yang tidak pernah dialami.
3. Pemerhatian dan Membuat Analisis
Jurulatih perlu melihat di luar aspek fizikal dan juga melihat di luar keperluan asas atlet. Anda mesti memerhatikannya dengan terperinci dan menganalisis cara yang dapat membantu meningkatkan kebolehan bagi sesuatu perkara yang sukar untuk dicapai oleh sesorang atlet.
Memahami semua aspek prestasi baik mental dan fizikal sememangnya tidak mudah dan boleh menjejaskan prestasi atlet. Jurulatih yang berjaya tetap berhati-hati, sedar dan memahami keperluan atlet dan peka dengan apa mereka perkatakan.
Pemerhatian dan analisis jurulatih juga harus secara dalaman juga. Ia merupakan bahagian paling penting dalam proses penilaian keseluruhan. Jurulatih perlu sentiasa mengetahui diri mereka dan mengekalkan sikap kerendahan hati. Melalui analisis jurulatih itu sendiri dan atlet mereka, kaedah baru yang lebih inovatif boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi atlet.
4. Inovasi
Inovasi adalah keupayaan untuk menghasilkan idea asli dan original. Cara terbaik yang membawa ke arah kejayaan jurulatih adalah melibatkan pencarian kaedah yang unik untuk mencergaskan dan memberi tenaga kepada atlet. Melalui pendidikan dan komitmen yang berterusan, jurulatih akan dapat mewujudkan strategi tersendiri untuk berjaya.
Inovasi adalah sesuatu perkara yang mendorong kearah kemajuan. Belajar dan mengamalkan kaedah yang dapat memberikan inspirasi terhadap corak latihan dan keperluan atlet akan membuatkan prestasi dalam sukan dapat dipertingkat.
Mungkin tidak semua idea baru itu berfungsi, tetapi jika meneruskan corak latihan atau pendekatan yang sama seperti sebelumnya untuk mencapai sesuatu matlamat yang baru adalah perkara yang sia-sia dan membuang masa. Jurulatih yang mampu belajar dari kesilapan lalu dapat memanfaat kesempatan dari setiap situasi dan sekali lagi memberikan dorongan serta contoh yang positif untuk atlet mereka.
Sumber: The Sports Journal
Kemahiran Yang Perlu Ada Pada Seseorang Jurulatih Sukan Yang Berjaya
Reviewed by Coach M
on
August 13, 2019
Rating:
Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
ReplyDeletedimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||