Sudah Diet Tapi Masih Gagal Untuk Turunkan Berat Badan? – 4 Faktor Ini Mungkin Anda Terlepas Pandang
Untuk menurunkan berat badan atau mengurangkan lemak tubuh, metabolisme adalah antara faktor utama yang menentukan keupayaan untuk menurunkan berat tubuh. Anda perlu memastikan metabolisme tubuh anda stabil supaya jumlah kalori yang masuk kurang berbanding dengan jumlah kalori yang keluar. Jika tidak, perkara inilah yang menyukarkan anda untuk menurunkan berat badan.
Salah satu punca amalan diet anda gagal adalah berpunca daripada gangguan pada kadar proses metabolisme. Metabolisme merupakan proses kimia yang menukarkan makanan dan minuman di dalam tubuh untuk dijadikan tenaga. Tubuh kemudian menggunakan tenaga ini untuk melakukan pelbagai fungsi tubuh lain seperti bernafas, mengepam darah, memperbaiki sel dan sebagainya.
Apabila seseorang itu membakar kalori, proses yang terlibat adalah metabolisme. Proses ini berterusan selagi anda hidup, walaupun anda sedang tidur atau tidak melakukan apa-apa aktiviti. Lebih cepat kadar metabolisme anda, lebih banyak kalori yang anda bakar. Dengan kata lain, lebih mudah bagi anda untuk menurunkan berat badan.
Walau bagaimanapun, kadar metabolisme akan mengalami gangguan disebabkan oleh beberapa perkara berikut, yang mungkin anda terlepas pandang semasa mengamalkan diet.
1. Jenis Senaman Yang Kurang Tepat
Salah satu sebab diet yang gagal ialah disebabkan oleh pemilihan jenis senaman yang tidak sesuai. Setiap senaman mempunyai kegunaan yang berbeza-beza. Walaupun ia boleh membakar kalori, rutin senaman yang salah sudah tentunya tidak akan membawa hasil yang optimum.
Anda boleh mengatasinya hal ini dengan menggunakan latihan High Intensity Interval Training (HIIT). Caranya adalah dengan melakukan senaman kardio, seperti berjalan dan skipping dalam masa yang singkat iaitu sekitar 10 saat hingga 5 minit mengikut jenis senaman. Akan tetapi, senaman yang melibatkan berat badan adalah kurang sesuai bagi anda yang mempunyai berat badan yang tinggi. Anda boleh gunakan beberapa jenis senaman lain yang mempunyai kesan yang serupa.
Selaian itu, lakukan sesuatu senaman semampu yang anda boleh dan kemudian rehat seketika. Tempoh rehat bergantung kepada tempoh latihan yang anda lakukan. Sekiranya anda sebelum ini melakukan sit up selama 30 saat, maka rehat anda adalah antara 10 – 15 saat.
2. Tidak Cukup Pengambilan Diet
Mengurangkan pengambilan diet secara drastik akan melambatkan kadar metabolisme tubuh anda. Akibatnya, jumlah kalori yang dibakar menjadi sangat sedikit. Ini adalah salah satu sebab diet yang gagal tetapi anda tidak sedar.
Walaupun anda cuba menurunkan berat badan, teruskan sahaja makan berdasarkan keperluan kalori tubuh selagi mana makanan tersebut masih berkhasiat untuk tubuh. Pengambilan diet mesti dipertimbangkan dengan pilihan makanan yang tepat. Pilih makanan semula jadi dengan pemakanan yang seimbang seperti ikan, telur, sayur-sayuran dan buah-buahan, daging rendah lemak, kekacang dan biji-bijian.
3. Makan Makanan Ringan Bersumberkan Karbohidrat Ringkas
Berhati-hati semasa memilih makanan ringan anda. Pelbagai produk rendah kalori yang dijual untuk orang ramai yang mengamalkan diet seperti detoks, jus buah yang diproses dan sebagainya. Produk ini biasanya tinggi dalam karbohidrat ringkas seperti gula dan hal ini antara sebab utama kenapa diet anda gagal.
Karbohidrat ringkas boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah dan berkurang dengan sangat cepat. Keadaan ini menjadikan anda mudah berasa lapar. Kesannya, anda lebih cenderung untuk makan lebih banyak sehingga ia mengganggu kadar metabolisme secara berterusan.
4. Kurang tidur
Tidur yang kurang juga boleh menyebabkan kegagalan dalam proses diet anda. Semasa tidur, badan anda menghasilkan hormon yang dikenali sebagai melatonin. Hormon ini meningkatkan kadar metabolisme dan lemak tertentu yang memainkan peranan dalam membakar tenaga.
Melatonin tidak dapat berfungsi secara optimum jika anda kurang tidur. Kadar metabolisme akhirnya menurun secara drastik, seperti jumlah kalori yang dibakar. Kesannya, sukar bagi anda untuk menurunkan berat badan.
Setelah anda mengetahui bermacam-macam sebab yang anda terlepas pandang mampu membuatkan proses diet anda gagal. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati selepas ini dalam melaksanakannya. Percayalah, tidak ada cara mudah atau cara singkat untuk menurunkan berat badan. Anda perlu melakukannya perlahan-lahan, bermula dengan memahami tabiat yang anda selalu lakukan kerana ia dapat mengganggu kadar metabolisme tubuh anda. Kira jumlah kalori yang masuk ke tubuh anda dengan yang keluar. Setiap makanan yang masuk perlulah seimbang dengan senaman yang mampu membakar semula kalori tersebut.
Sudah Diet Tapi Masih Gagal Untuk Turunkan Berat Badan? – 4 Faktor Ini Mungkin Anda Terlepas Pandang
Reviewed by Coach M
on
August 14, 2019
Rating:
Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
ReplyDeletedimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||