Manfaat Makan Pakai Tangan. No 5 Jarang Anda Sedar


1. Mencegah Penyakit Diabetes

Dalam sebuah kajian, mereka yang mempunyai masalah diabetes tahap 2 cenderung makan dengan cepat yang menggunakan alat makan. Makan dengan bantuan sudu dan garfu dapat membuatkan anda makan dengan lebih cepat. Hal ini dikatakan mempunyai hubungan yang dikaitkan dengan ketidakseimbangan gula darah dalam tubuh. Keadaan ini akan meningkatkan risiko terhadap perkembangan penyakit diabetes tahap 2

2. Membuat Anda Makan Lebih Perlahan

Makan dengan tangan membuat anda makan dengan lebih perlahan sebenarnya jika anda perasan. Apabila anda makan dengan perlahan maka proses pencernaan dapat bekerja dengan lebih baik. Anda juga akan lebih sedar akan proses mencerna makanan dan merangsang semua indra yang ada pada tubuh.

Selain itu, manfaat makan pakai tangan juga akan membuat sistem pencernaan bekerja dengan baik kerana apabila anda menyentuh makanan, saraf di hujung jari akan teransang dan menghantar signal ke otak. Hal ini akan menyuruh tubuh anda untuk membebaskan cairan pencernaan. Hal inilah yang memungkinkan makanan terasa lebih enak ketika makanan itu disuapkan ke mulut menggunakan tangan tanpa alat makan.

3. Meningkatkan Peredaran Darah

Manfaat makan pakai tangan seterusnya adalah kemampuannya untuk meningkatan peredaran dalam ubuh. Seperti anda bersukan juga, manfaat makan pakai tangan kanan atau kiri adalah seperti latihan pada otot tangan anda. Bukan cuma itu, otot-otot halus jari anda dapat dibangunkan dan dapat bekerja dengan baik bagi mengelakkan gangguan terhadap fungsi motor halus.

4. Menambah Rasa Kenyang

Dalam sebuah kajian yang mengatakan, makan menggunakan tangan dapat meningkatkan rasa kenyang jika disbanding dengan anda makan menggunakan sudu atau garfu. Selain itu, kajian yang sama juga menyatakan, ketika anda makan menggunakan tangan sambal membaca majalah, surat khabar, menonton TV atau menonton apa-apa rancangan pada telefon pintar anda, anda cenderung tidak akan berasa cepat lapar dan lebih memilih untuk makan dengan cara sedikit demi sedikit.

5. Meningkatkan Emosi dan Ghairah

Manfaat makan menggunakan tangan juga adalah mampu meningkatkan emosi dan ghairah anda. Hal ini berkaitan dengan dua perkara ini adalah kerana makan menggunakan tangan memiliki kaitan dengan posisi tangan yang merupakan dasar dalam yoga dan meditasi. Selain itu, di hujung-hujung jari mempunyai saraf yang dapat merangsang pencernaan. Dengan merasa makan anda, ia akan menjadi satu signal atau isyarat kepada perut anda melalui otak yang menyatakan bahawa anda akan makan. Maka dengan begitu, anda akan lebih sedar mengenai tekstur, aroma dan rasa sesuatu makanan yang anda makan.

Di samping itu juga, manfaat makan menggunakan tangan dapat membantu anda untuk merasakan hubungan dengan makanan yang anda makan itu dengan penuh kesedaran.  

Kesimpulannya, inilah antara alasan mengapa Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk makan dengan menggunakan tangan (kanan). Baginda adalah seorang yang terhebat dan yang pertama berpengaruh dalam dunia. Hal ini kerana, jika dibandingkan antara logik akal, penemuan saintifik dan Islam, maka darjat Islam adalah yang lebih tinggi dan perlu dipakai tanpa dapat disangkalkan lagi. 

Manfaat Makan Pakai Tangan. No 5 Jarang Anda Sedar Manfaat Makan Pakai Tangan. No 5 Jarang Anda Sedar Reviewed by Coach M on August 18, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.