Ramai Kata Kanak-Kanak Akan Terbantut Jika Melakukan Aktiviti Fizikal Di Gym. Teruskan Baca..


Kanak-kanak juga memerlukan senaman seperti orang dewasa, maka adalah sesuai untuk mereka pergi ke gym dari usia 2 tahun ke atas. Menurut The Center for Disease Control and Prevention dalam penulisan artikel asal yang mengatakan, mereka mengesyorkan kanak-kanak sekurang-kurangnya meluangkan masa satu jam setiap hari untuk melakukan senaman. 

Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal secara rutin dan teratur bagi kanak-kanak mempunyai beberapa manfaat tertentu, seperti mengawal tekanan, meningkatkan keupayaan diri, mengekalkan berat badan yang sihat, membina badan yang sihat dan kualti tidur yang lebih baik. Jenis aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak di gym bergantung pada usia dan kematangan fizikal mereka.

Apa yang berlaku dalam pemahaman masyarakat kita terutamnya ibu bapa ialah mereka menganggap gym hanya khas untuk orang dewasa sahaja. Malahan, mereka juga percaya bahawa sekiranya kanak-kanak melakukan sebarang aktiviti di gym, maka tahap tumbesaran mereka akan terbantut. Bagi membuka semula pandangan anda, pertama anda kena fahami dulu apa itu gym?

Gym adalah sebuah kelab, bangunan atau bilik besar, biasanya mengandungi peralatan khusus di mana orang akan datang untuk melakukan aktiviti fizikal yang sesuai- Collins Dictionary
Apabila anda sudah faham dengan konsep gym, maka pandangan anda akan sedikit terbuka dan mula berfikir bahawa ia hanyalah semua tempat khas untuk melakukan aktiviti fizikal. Dalam konsep gym, tiada satu pun yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah tempat dimana orang hanya boleh melakukan latihan yang berat-berat sahaja. 

Untuk membuka semula pandangan anda dengan lebih luas, satu perkara yang anda perlu tahu ialah, dalam beberapa kajian yang dibuat, sebenarnya tiada istilah terbantut yang akan dihadapi oleh kanak-kanak sekiranya melakukan aktiviti berat, CUMA.. perkara yang boleh berlaku adalah, aktiviti yang berat dapat merisikokan keadaan tulang dan sendi mereka yang masih lemah. Mereka akan tetap membesar seperti biasa bahkan, dengan senaman dan aktiviti fizikal juga kadar pertumbuhan mereka dapat dipertingkatkan. Sekali lagi, ingatlah kanak-kanak tidak akan terbantut dengan latihan, tetapi boleh cedera JIKA aktiviti yang dilakukan tidak sesuai dengan tahap usia dan perkembangan mereka. 

Maka dengan itu, apa sahaja yang mereka boleh lakukan dalam gym jika melakukan latihan berat dikatakan mampu mencederakan mereka? Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam gym tanpa mencederakan atau mengenepikan keseronokan kanak-kanak. Dibawah ada penjelasnnya.. 

Jenis Kesesuaian Aktiviti Berdasarkan Umur

Umur 2 hingga 3 Tahun

Suasana gym boleh membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran motornya melalui aktiviti seperti berlari dan melontar. Kelas latihan gym kanak-kanak adalah sesuai tetapi harus memberikan penekanan terhadap konsep seronok ke atas struktur latihan dan kreativiti. Tulang kanak-kanak tidak boleh dibentuk dengan cara yang ketat kerana tulang mereka masih dalam proses perkembangan. Bermain dengan kanak-kanak di gym menggunakan permainan seperti melompat, membaling bola getah dan sebagainya. Sementara itu, bagi mematangkan kemahiran motor mereka, sebuah permainan boleh dilakukan dengan lebih kompleks iaitu dengan menggabungkan pergerakan seperti berjalan, melompat, melangkau dan bergerak dalam pelbagai arah. 

Umur 4 hingga 5

Dalam usia ini, kanak-kanak perlu dibantu supaya kemahiran motornya lebih matang. Senaman atau latihan mereka boleh menjadi lebih kompleks iaitu menggabungkan pergerakan seperti berjalan, melompat, melangkau dan bergerak dalam pelbagai arah. Dalam usia ini juga, latihan gym boleh diperkenalkan kepada mereka, asalkan penekanannya masih mengikuti konsep seronok dan kreativiti. Hal ini kerana, latihan atau senaman yang keras atau terlalu memenatkan bagi kanak-kanak pada usia awal akan memperlahankan perkembangan kemahiran motor, keseimbangan dan koordinasi tubuhnya. 

Oleh itu, dalam sesebuah pusat penjagaan kanak-kanak atau tempat permainan kanak-kanak perlu kelas mengajar asas-asas pergerakan sebagai permulaan bermula usia 4 tahun. Permainan atau latihan yang disediakan juga harus mempunyai berfungsi sebagai pengenalan kepada sukan dan mengajar kemahiran asas sukan tersebut. Permainan hanya menekankan konsep yang paling asas bagi sesebuah sukan, dan bukannya memberikan bentuk-bentuk latihan yang lebih spesifik. Biarkan mereka bermain sendiri bersama-sama rakan lain tanpa penglibatan langsung orang dewasa. 

Umur 6 hingga 12

Kanak-kanak dalam usia tersebut mula dibenarkan untuk membuat lebih banyak keputusan sendiri tentang bagaimana dia mahu lakukan senaman. Mereka boleh menikmati apa-apa sukan, permainan atau latihan di gym yang lebih teratur tiga kali seminggu berdasarkan kesesuaian tahap fizikal dan kemampuan kemahiran asas mereka. Mereka juga dalam usia ini sudah bersedia untuk melibatkan diri dalam mana-mana latihan di gym yang melebihi asas-asas kemahiran pada usia awal selama bertahun-tahun untuk membantu mereka mengembangkan gayanya sendiri. Aktiviti yang dilakukan contohnya seperti kelas yoga, mendaki dan kelas gimnastik yang lebih advance, serta aktiviti kumpulan seperti bola sepak, futsal, hoki dan berenang.

Umur 13 hingga 18

Pada peringkat remaja, mereka sudah boleh mula bersenam dan berlatih dengan cara yang telah distrukturkan yang mana ia lebih menyerupai bentuk latihan sebagai seperti orang dewasa. Bersukan merupakan sebuah alternatif kepada remaja anda berbanding mereka melakukan kegiatan yang sia-sia atau tidak aktif seperti permainan video, menonton TV dan melayari internet sahaja. 

Perlu diingatkan bahawa, dalam lingkungan usia ini, mereka mengalami perubahan tahap kematangan dimana mereka mula menghadapi pelbagai gangguan samada datang dari sumber luaran atau dalaman. Sekiranya mereka dijaga dan dikawal dengan sebaiknya, peluang untuk mereka merasa tidak diperhatikan adalah rendah. Sebaliknya, apabila mereka kurang mendapat perhatian daripada keluarga, institusi dan masyarakat, maka mereka lebih mudah terlibat dalam kegiatan yang sia-sia.

Oleh itu, remaja dalam usia ini, mereka boleh memilih mana-mana aktiviti yang mereka suka sama ada aktiviti seperti jogging, berenang, angkat berat atau sukan berpasukan seperti bola sepak, bola tampar dan sebagainya. Selain itu, dalam usia ini juga mereka sudah sesuai untuk memulakan sebarang latihan yang melibatkan bebanan seperti angkat berat, asalkan dibawah pemantauan orang yang mahir. Menurut laman kidshealth.org, sebaik sahaja mereka mencapai akil baligh, mereka mempunyai hormon yang diperlukan dalam membina otot melalui latihan rintangan formal seperti angkat berat.

Kesimpulannya, gym hanyalah sebuah alternatif yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Serupa juga dengan dewan permainan, kawasan lapang, gelanggang permainan dan sebagainya. Kesemua persekitaran ini mempunyai kelebihan masing-masing dalam membantu kanak-kanak belajar dan mencapai sesuatu kemahiran asas serta keseronokan.
 

sumber: livestrong.com
Ramai Kata Kanak-Kanak Akan Terbantut Jika Melakukan Aktiviti Fizikal Di Gym. Teruskan Baca.. Ramai Kata Kanak-Kanak Akan Terbantut Jika Melakukan Aktiviti Fizikal Di Gym. Teruskan Baca.. Reviewed by Coach M on August 22, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.