Sebab Mengapa Kanak-kanak Perlu Dibiarkan Bermain


Semua orang akan melalui usia tua dengan sendirinya, tetapi tidak semua orang dapat kembali ke zaman kecil dengan sendirinya. Zaman kanak-kanak adalah masa yang paling bahagia dan menyeronokan, berbanding dengan kehidupan orang dewasa yang penuh dengan segala macam masalah kehidupan. Bermula dari percintaan, persahabatan, masalah hutang dan sebagainya.

Pada zaman kanak-kanak, tiada apa dan siapa yang peduli, kerana yang kita tahu adalah bermain dan berseronok. Pada zaman itu kita memang tidak boleh berdiam diri sehinggalah kita dapat sesuatu yang kita inginkan dicapai. Walaupun pelbagai jenis tanggapan orang dewasa, tetapi kita tidak faham.
Ini adalah beberapa sebab yang menguatkan pendapat bahwa masa kecil itu lebih bahagia berbanding zaman dewasa

1. Bermain Dengan Siapa Saja Tetap Seronok

Selagi aktiviti yang kita buat itu mampu membuat suasana menjadi manarik, selagi itu apa sahaja yang dibuat tetap akan nampak seronok dan tidak ada tuntutan ini itu dalam bermain. Berbeza pula saat demikian apabila orang telah beranjak dewasa, bermain itu ini harus  memikirkan kata-kata dan pandangan orang lain dulu. Hinggakan hobi sendiri pun, jika tidak sesuai dengan keadaan persekitaran, akan kita melakukan sesuatu secara terpaksa.

2. Ketawa Riang Tanpa Senyum Palsu

Tidak seperti mereka yang telah berusia dewasa, anak kecil lebih mudah mengekspresikan kebahagiaan dan ketawa riang dengan sebebasnya. Sebaliknya apabila dewasa, kadang-kadang senyum atau ketawa itu memiliki bermacam-macam makna, entah itu senyuman atau ketawa untuk menghormati ataupun kerana ingin melecehkan orang lain.

3. Kesalahan Dianggap Perkara Biasa

Kadang-kadang ketika usia masih anak-anak, kesalahan yang kita buat tidak akan diperbesarkan kerana orang juga faham bahawa sifat dan pemikiran mereka masih budak-budak. Jadi memang patutlah mereka membuat kesalahan, selagi orang tua atau orang dewasa di sekitar mereka dapat mengarahkan dan menasihati dengan cara yang baik.

4. Mahu Apa Saja Benda Cuma Dengan Menangis

Kanak-kanak mahu apa sahaja pasti akan diberikan. Contohnya, permainan, makanan, gula-gula dan sebagainya. Keperluan kanak-kanak pasti akan ditunaikan kerana keperluan mereka tidak begitu mahal seperti orang dewas. Jadi, berikan sahaja apa yang mereka mahu selagi mana perkara itu membantu dalam membentuk sikap kepribadiannya dan perkembangan diri.

6. Status Persahabatan Tidak Terganggu Walaupun Hampir Setiap Hari Bergaduh

Saat yang satu ini yang paling membuat keadaan menjadi seronok. Kanak-kanak sememangnya mempunyai tahap persaingan yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu perkara. Hal ini seperti masalah di mata orang dewasa padahal bagi mereka itu adalah cara mereka berkenalan dan memahami hubungan persahabatan. Buktinya, lihat sahaja mereka bergaduh hari ini, esoknya pasti akan bermain bersama semula. Disini mereka sebenarnya belajar untuk bermaaf-maafan dan secara tidak langsung, nilai ini mereka akan bawa bersama apabila meningkat dewasa.

Sebab Mengapa Kanak-kanak Perlu Dibiarkan Bermain Sebab Mengapa Kanak-kanak Perlu Dibiarkan Bermain Reviewed by Coach M on August 04, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.