Apa-apa suhu minuman yang anda minum tidak boleh mengubah suhu dalaman badan anda. Core body temperature kita adalah tetap, sebab kita adalah mamalia berdarah panas. Badan kita sangat cekap membuang haba berlebihan melalui berpeluh dan mengembangkan saluran darah di bawah permukaan kulit untuk membenarkan haba beralih dengan membawa darah panas ke bawah permukaan kulit dan haba akan beralih ke permukaan luar yang lebih sejuk.
Inilah keistimewaan manusia. Kita boleh pilih suka minum air panas ka, air suam ka, air sejuk ka air berais, mengikut keselesaan dan kesukaan kita.
Apa-apa pun anda suka, jangan keterlaluan sebab minum teh yang terlalu panas setiap hari boleh meninggikan risiko kanser kerongkong.
Tekenote: Jangan percaya kepada apa-apa pendapat yang bukannya saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk mencegah COVID-19, dengarlah nasihat KKM, bukan pendapat orang lain.
sumber: Imelda Balchin (Facebook)
Jangkitan COVID-19 boleh dicegah dengan minum air panas?
Reviewed by Coach M
on
March 26, 2020
Rating:
No comments: