Pernah dengar pepatah yang mengatakan yang “Protein is King”? Maksudnya adalah protein adalah sumber utama tubuh harian selain serat, vitamin dan mineral berbanding lemak dan karbohidrat. Selama ini kita sering salah anggap yang mana kita menganggap karbohidrat itu adalah sumber utama. Oleh sebab itu masalah obesity bukanlah hal yang asing dalam kalangan masyarakat dunia pada masa kini.
Protein sangat penting bagi memenuhi keperluan nutrisi tubuh kita. Sekiranya tubuh kita tidak mendapatkan protein yang cukup, kita akan mengalami masalah dalam aspek kesihatan dan komposisi tubuh.
Walaupun begitu, terdapat beberapa pilihan atau kadar pengambilan protein bagi setiap individu. Tidak semua individu mempunyai jumlah pengambilan protein yang sama. Hal ini kerana, pengambilan protein harian adalah berdasarkan keperluan tubuh badan kita.
Kebanyakkan badan kesihatan dunia mencadangkan kita untuk mengambil sumber protein dalam kuantiti yang sederhana.
Berdasarkan DRI (Dietary Reference Intake), kita dicadangkan untuk mengambil sumber protein sebanyak 0.8 gram per kg tubuh kita atau 0.36 gram per lbs. Itu adalah kadar kuantiti yang dicangkan bagi keperluan tubuh kita yang normal. Namun sekiranya anda seorang atlet atau gemar latihan berat, anda memerlukan kuantiti protein yang lebih sedikit. Walaupun begitu, anda tetap tidak digalakkan untuk mengambil dalam kuantiti yang berlebihan. Sekiranya anda masih keliru berapakah kuantiti protein yang diperlukan, anda digalakkan untuk merujuk Pakar Kesihatan, Doktor atau Personal Trainer (PT) yang berdaftar.
Ini adalah candangan pengambilan protein harian:
> 56 gram sehari untuk golongan lelaki yang mengamalkan gaya hidup kurang aktif.
> 46 gram sehari untuk golongan wanita yang mengamalkan gaya hidup kurang aktif.
Berdasarkan jumlah tersebut, sebenarnya ia sudah mencukupi untuk mencegah kekuarangan sumber protein tubuh kita. Banyak kajian yang menjelaskan bahawa kuantiti itu sebenarnya jauh lebih mencukupi untuk memastikan keperluan optimal kesihatan dan komposisi tubuh kita.
Nota: Sekali lagi diingatkan bahawa jumlah keperluan protein harian untuk setiap orang adalah BERBEZA berdasarkan banyak faktor, hal ini termasuklah tahap aktif anda dalam aktiviti fizikal, umur, jisim otot, matlamat tubuh dan keadaan kesihtan semasa.
Berapakah Jumlah Pengambilan Protein Harian Yang Dicadangkan?
Reviewed by Coach M
on
April 17, 2020
Rating:
No comments: