Makanan Yang Sesuai Untuk Berbuka Puasa


Iftar atau berbuka puasa setelah selesai berpuasa seharian haruslah dipenuhi dengan makanan dan minuman yang dapat membekalkan kembali nutrisi dan enzim tubuh yang telah berkurangan ketika berpuasa. Pertama kali berbuka adalah sangat sesuai meminum segelas air kosong, buah-buahan, makanan kaya dengan air dan yang mengandungi gula alami sebagai tenaga. Baca juga tujuan berpuasa di sini

Elakkan mengkonsumsi terlalu banyak makanan atau minuman yang mengandungi gula tambahan seperti yang terdapat dalam kebanyakan produk makanan yang diproses. Antara cadangan makanan yang sesuai untuk berbuka adalah seperti berikut:

1. Minuman
  • Air kosong, susu rendah gula / lemak dan jus buah-buahan
  • Air berfungsi mengawal tahap hidrasi tubuh tanpa perlu mengkonsumsi jumlah kalori dan gula tambahan yang tinggi masuk kedalam tubuh. 
  • Minuman yang berasaskan susu dan buah-buahan mampu menyediakan sejumlah gula alami dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.
  • Adalah lebih baik sekiranya anda berbuka dengan sesuatu yang kurang manis dan mengurangkan pengambilan minuman dan makanan yang tinggi dengan gula tambahan kerana semakin tinggi jumlah gula tambahan dalam minuman atau makanan, maka semakin tinggi pengambilan kalori anda pada saat itu. Baca juga kepentingan air ketika berpuasa di sini

2. Kurma
  • Kurma merupakan salah satu makanan terbaik dalam dunia. Mengkonsumsi kurma juga adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW dan menjadi galakan kepada semua orang.
  • Kurma sangat bagus dikonsumsi untuk berbuka puasa kerana ia mengandungi gula alami dan juga tinggi serat serta mampu menjadi sumber tenaga yang baik. Selain itu, ia juga mengandungi sejumlah mineral asas seperti potassium, besi dan magnesium selain kandungan serat yang tinggi. 
  • Bukan hanya kurma, makanan lain yang seangkatan dengannya juga menjadi pilihan yang terbaik contohnya seperti kismis, prunes, buah tin dan sebagainya.

3. Buah-buahan
  • Buah merupakan sajian yang perlu ada di atas meja semasa berbuka puasa. Buah-buahan menyediakan sejumlah besar gula alami sebagai sumber tenaga, pengganti cecair tubuh serta vitamin dan mineral. 
  • Pilihan terbaik buah-buahan adalah seperti anggur, pisang, tembikai, betik, nenas dan kiwi. 

4. Sup
  • Sesetengah tempat mungkin mempunyai cara penyediaan menu masakan yang berlainan. Sesetengah tempat mungkin gemar menyediakan hidangan berupa sup manakala tempat-tempat lain lebih kepada penyediaan makanan kering. Namun begitu, penyediaan makanan seperti sup juga sangat sesuai untuk dikonsumsi semasa berbuka puasa. 
  • Selain menyediakan kandungan air yang tinggi, sup juga sangat berkhasiat sekiranya diolah dengan cara yang sederhana tanpa garam yang tinggi dan minyak yang terlalu banyak ketika menumis. Sup mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh terutamnya sumber protein seperti sup ayam, daging atau ikan dan bahkan pelbagai mineral lain yang sangat bermanfaat diperoleh daripada rempah-rempahnya seperti bawang-bawangan, lada, cengkih, kayu manis dan sebagainya.  


Makanan Yang Sesuai Untuk Berbuka Puasa Makanan Yang Sesuai Untuk Berbuka Puasa Reviewed by Coach M on May 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.